Kerjaya Jururawat Banding Guru

Semua diskusi tentang kerjaya, best practice, gaji, COLA, post-basik, masuk U. dll.

Moderator: Pengawas

Kerjaya Jururawat Banding Guru

Postby mefah » Fri Mar 13, 2009 2:06 pm

Tujuan saya bangkitkan benda ni supaya anda sume bangun dan bertindak ataupun sekurang-kurangnya sedar nurse dah lama ketinggalan banding guru.Kenapa banding guru ? Sebab nurse dah wujud di Msia sama umu dengan guru dan bil. staf paling ramai dalam KKM ialah nurse.So mari kita perhatikan:

1. Kenaikan Pangkat (Time Based Promotion): Guru DG29/DG41 yang telah khidmat 10 tahun layak automatik kenaikan pangkat (dengan syarat sekurangnya PTK aras 3) ke DG 32/DG 44 dengan membuat kerja yang masih sama dan juga di sekolah yang sama juga dengan mengajar a,b,c di sekolah rendah tanpa pegang portfolio pengurusan seperti penolong kanan atau gurubesar ( Tu namanya Time Based Promotion yang istimewa untuk guru sahaja).Jururawat lak camne ? Sampe pencen le U29 walaupun cemerlang banyak kali & PTK aras 4.Kalo nasib baik pun dapat gred U32 jadi sister kena mengurus satu wad..tanggungjawab amat besar ,keje nak mampus jaga staf,peralatan dll..dapat le u32 naik RM100 kena tukar lak ke hospital lain.Lepas tu dah jadi sister U32 berlagak bukan main,bengkeng habis macam le besor benao U32 tu


2. Time Kerja : Guru kerja sekerat hari,jumat 12.30 dah tiba rumah,sabtu ahad lepak,cuti sekolah berlambak..masa dan tenaga mereka masih banyak..tu sebab guru boleh buat kerja tambahan cam tiusyen atau sambung belajar part time dan ramai berjaya dalam MLM. Pernah korang dengar nurse berjaya dalam MLM?Macam mana lak kalo nurse nak sambung belajar PJJ kalo sabtu ahad keje?Jaanagan cite sambung belajar, mana nurse yang ada anak kecik 2-3 orang mesti tahu macamana tertekan suaminya kerana terpaksa uruskan anak(memang terpaksa kerana fitrah laki bukan jaga anak) sebab kerja nurse tak tentu, kalo shif petang,tiba rumah 1030mlm..anak dah tidur..anak bangun 7bpagi, ibu dah takde sebab shif pagi.Bukan saja anak, suami pun dahagakan kasih belai isteri tapi isteri terpaksa 'belai' pesakit tak kira waktu. Sabtu Ahad time cikgu rehat2 dengan keluarga,berkelah tapi nurse seperti biasa bekerja juga...Dah tu elaun shift tak diberi..ramai orang ingat nurse kerja time raya dapat double/triple..tapi rupanya dapat lemang dan kuih raya je..tu pun dah kira bagus sangat.


3. Peluang sambung belajar : Nurse sila guna duit sendiri dan cuti separuh gaji dan pindah ke kl amik full time kat UM
(sebab tu je yang recognise by JPA takat ni), dah tu tempat di UM lak very limited,nak amik pjj kat swasta cam OUM tu pun susah sebab tak recognise dah tu camne nak belajar kalo Sabtu Ahad pun keje, nak wat asignmen camne kalo malam pun keje,petang pun keje..
Guru ada peruntukan banyak untuk sponsor penuh buat degree di macam2 universiti,sila beli selalu suratkhabar dan akan jumpa iklan oleh Kementerian Pelajaran untuk taja belajar..habis belajar dapat 41.


4. Peningkatan Kerjaya : Dah le susah nak sambung belajar,kalo dapat ijazah setelah bersusah paya sampai hampir cerai berai dengan suami,pastu simpan je ijazah bawah tilam sebab takada kosong jawatan.Berapa hospital ada di Msia?Berapa lak nak pakai untuk satu hospital?Nasib baik ada jawatan pengajar u41..ada le kolej jururawat kkm skerat dua. Sekolah lak berapa banyak?pej. pendidikan sume guru,so anytime bole naik pangkat.
SO THE MORAL OF THIS STORY..WAKU UP NURSE..SEKARANG BUKAN ZAMAN FLORENCE NIGHTANGLE LAGI LILIN BAKAR DIRI..SEKARANG ZAMAN KENCING BERAK BERBAYAR(indah water),HAPUSKAN IKON FLORENCE TU GANTIKAN DENGAN CHE GUEVARA KE FIDEL CASTRO KE LAGI BAGUS..REBEL...
mefah
 

Re: Kerjaya Jururawat Banding Guru

Postby siti payung » Thu May 14, 2009 4:18 pm

Salam. Dik, keje cikgu ke nurse ke kalau niat lillahi taala lain rasanya. Akak ni cikgu, akak tau la rasa jadi cikgu. Ngaja pagi pun balik petang, sayang. Memang nampak senang, nampak macam ada cuti ujung minggu tapi hakikatnya keje rumah anak murid kitorang bawak balik, wat homework tuk esok nak ngaja lagi, nak siapkan paperwork tuk persatuan, headcount penilaian pelajar, assesment bebudak, mengadap krenah bebudak tu dan mak bapak diorang... bawak diorang gi camping, wat keje persatuan, projek paper dan macam-macam lagi... Tak yah compare la dik sebab ape-ape keje pun ada birokrasi dan titik- bengiknye. Yang penting, kalau nak 1000 daya tu je.. kalau rasa terpakse berenti keje je! Akak nak cepat ni.. nanti next time akak citer plak camne cikgu nak naik pangkat, senang ke susah? Hmm..pasal sambung blaja tu memangla ada iklan dalam suratkhabar, tapi macam akak, akak sendiri dah ada masters tapi akak cuti tanpa gaji dan pakai duit sendiri.. tak dapat biasiswa pape pun... Tak semestinya mintak biasiswa dapat! Rileksla dik... :)
siti payung
 

Re: Kerjaya Jururawat Banding Guru

Postby milahhhhh..... » Fri Oct 02, 2009 1:34 pm

jgn blagak bleh x.... mst ada msalah skit mental nie....
milahhhhh.....
 

Re: Kerjaya Jururawat Banding Guru

Postby hamba-Nya » Thu Oct 15, 2009 11:01 am

salam....
jururawat yang berdedikasi...knp nak pening2 kn kepala nak bandingkan tugas masing2? dah ditakdirkan semua pekerjaan ada susah dan senangnya.. semua pekerjaan adalh tanggungjawab... saudari cakap mcm 2 bagaikan saudari x bersyukur dengan apa yang saudari ada. antara guru dan nurse 2'2 ada tanggungjawab yang harus dipikul. jika saudari merasa beban dengan kerjaya ini mengapa dipilih kerjaya ini? untuk pengetahuan saudari,guru bukanlah satu tugas yang mudah macam semua orang perkatakan. sama juga mcm nurse. kami tahu tugas nurse agak berat macam 2 jugaklah tugas seorang guru. guru tugasnnya mmg xnmpak dengan mata kasar tapi sebenarnya tugas guru sangat berat memikul tanggujawab dunia dan akhirat membentuk manusia. jadi disini saya mahu memberi pendapat tidak perlu dibandingkan kdua-dua kerjaya ini. betul kata siti payung semua pekerjaan bergantung kepada niat kita. muhasabahlah diri dan terima serta belajar memperbaiki diri...
wasalam...
hamba-Nya
 

Re: Kerjaya Jururawat Banding Guru

Postby virus » Sat Oct 17, 2009 10:20 pm

SALAM KEINSAFAN UNTUK SI MEFAH...
KENA INGAT,KALAU TAKDE NURSE PESAKIT SAPE NAK JAGA?HOSPITAL PUN TAK WUJUD,BERSYUKURLAH SIKIT ADA JUGAK WARGA YG NAK BERKORBAN SEGALA TENAGA DAN MASA DEMI PESAKIT...SELAMA HAYAT HAMBA YG BERNAMA MANUSIA TAK MUNGKIN LANGSUNG TAK AKAN SAKIT...DULU PADA ZAMAN NABI PUN NURSE DAH DIWUJUDKAN CUMA BUKAN SECARA RASMI JER..KERJAYA NURSE BANYAK RISIKO SEBAB MELIBATKAN NYAWA ORG,TAPI SEBAB KEIKHLASAN DALAM HATI NURSE SANGGUP BERKORBAN.KERJAYA CIKGU PUN SAMA,SALAH DIDIKAN ANAK BANGSA JADI PEROSAK NEGARA,AKHIRAT NANTI AKN DISOAL...SEMUA KERJAYA ADA RISIKONYA,APA YG PENTING KERJASAMA(WONDERPETS)... :P
virus
 

Re: Kerjaya Jururawat Banding Guru

Postby lacung » Sat Oct 24, 2009 4:36 pm

Jrwt n guru 2'2 pkerjaan mulia. nak dpt pahala sng, nak dpt dosa pun sng. jgn dibanding2kan antara keduanya. kita patut bersyukur dgn rezeki kita. nak dibandingkan penganggur di luar sana, brp rmi mahasiswa n mahasiswi yg x bkerja krn xde peluang. kita cont study, twaran kerja dh menanti. x mcm course lain.2 bidang ni je lah yg paling selamat dr xde kerja. i jururawat..wpun kerja penat mcm nk mati, i bersyukur krn rezeki tu dr titik peluh sdri, xsempat nk goyang kaki, rasa puas bila dpt selamatkn nyawa org n pskt kembali sembuh menjalani hidupnya.. paling penting rezeki halal utk zuriat keturunan kita. dr atas kepala hingga hujung kaki semua dpt sponsor kerajaan. ilmu yg ada, kita rawat fmly sdri di rumah kn untung. sedangkn jadi surirumah spenuh masa pun x mudah apatah lagi kalo jwtn lebih tinggi dlm profesyen. beso periuk, beso lah keraknya..pucuk pangkalnya ati kita. kalo rsa kita boleh maju, cubalah mohon bidang yg disukai. jgn biarkn pikirn kita mjdi sempit, negatif n emosi menguasai diri. pikir2 kanlah... :mrgreen:
lacung
 

Re: Kerjaya Jururawat Banding Guru

Postby L » Wed Oct 28, 2009 3:29 pm

hm... saya nak komen ckit. Sbelum jdk nurse, saya jadik cikgu ganti selama 3 stgh bulan kat sekolah rendah. Ajar tahun2, 3 dan 4. Pastu, aku jdk guru kelas tuk tahun 4. Hm.. nak compare.. yelah, mmg la cikgu ada byk cuti (tu yg best tu), tp, bab2 nak handle budak2 yg slow learner ni payah ckit. Ari tu aku smpai suruh budak2 yg lmbat paham duduk kat meja guru supaya senang aku nak supervise diorang. Kadang2 smpai brbuih2 mulut explain benda yg sama. Tapi, once dorg paham, itulah kepuasan yg plg tinggi bg sorang guru.. Pastu, aku kena update rekod2, involve dlm events cam hari merdeka, hari guru, hari raya, pastu buat lesson plan (aku plg suka ni..) dan mcm2 lagi. Actually, prnah gak aku terpikir nak quit nursing, nak jdk cikgu sekola rendah... hehe.. tp, biarlah adik2 aku yg lain jdk cikgu, biarla aku jdk nurse, baru ada variasi ckit.. Hoho..
L
 

Re: Kerjaya Jururawat Banding Guru

Postby L » Wed Oct 28, 2009 3:48 pm

oopps.. lupa lak. Kena buat soalan2 ujian bulanan lagik, kena buat soalan final sem lagik. Pastu, kena analyze result murid2, pastu kena antar ngan guru besar secepat yg mungkin.. Lagi satu, nak ngajar budak sekolah rendah ni kena ada skill, takleh ikut buku jek.. kena da game, pop kuiz beserta ngan hadiah2, alat bantu mengajar (aku prnah buat jam spongebob yg besar utk tarik attention murid2), pastu nyanyi, menari dsbgainya...
L
 

Re: Kerjaya Jururawat Banding Guru

Postby camy » Sun Nov 08, 2009 2:01 pm

Kepada Mefah & Siti Payung & 'L'....Leh tak email saya kat camy1@live.com utk berkongsi pengalaman & pendapat mengenai kerjaya masing2..BERMINAT utk meluaskan pengetahuan..ermm nanti reply k..JANGAN LUPA! 8) 8) :mrgreen:
camy
 

Re: Kerjaya Jururawat Banding Guru

Postby yang prihatin » Sun Nov 08, 2009 2:44 pm

Kepada Milahhhh..jangan terlalu cepat menuduh Si Mefah tu berlagak N sakit mental..Apa yg ditulis tu semuanya pengalaman dia sendiri..Kita idup ni ada pengalaman masing2 n ada masalahnya sendiri..Kita tak boleh nak memuaskan hati semua manusia..& bukan semua benda/perkara dalam dunia ni kita boleh dapat..Namanya pun BERKONGSI PENGALAMAN..

Cubalah belajar mendengar dengan baik..,berkongsi pendapat dengan baik..JANGAN CEPAT MENUDUH..Pengalaman daripada cerita2 Mefah tu adalah sebahagian drpd ilmu duniawi..Kita sendirilah yg kena bijak menilai & celik akal..

Kalaulah orang tu dah meluahkan masalahnya,kita yg mendengarnya pun rasa perkara tu teruk..alih2 dituduh GILA..camner tu..Susah la idup..; sikit..sikit gila..sikit..sikit..sakit mental..Kalau camtu ramai la orang gila kat Malaysia.Nak luah perasaan ckit tak boleh,sakit mental lah katakan..

Bila masalah dah diluahkan..barulah rasa lega n relax ckit..

Daripada cerita2 n pendapat orang ramai ni tak kira lah cerita elok ke tidak...automaticaly kita leh belajar..Nak jadi GOOD CONSULTANT BERTAULIAH pun bukan senang tau..banyak benda kita kena belajar..Nak jadi seorang PAKAR SAKIT JIWA pun ada caranya untuk menjiwai n mendalami perangai & tingkahlaku seseorang..

i rasa u sendiri tengah stress tak masa tu..?

So,belajar dari kesilapan..
yang prihatin
 

Re: Kerjaya Jururawat Banding Guru

Postby jlojr » Fri Nov 20, 2009 12:15 am

milahhhhh..... wrote:jgn blagak bleh x.... mst ada msalah skit mental nie....

:twisted: ok apa yg die kata,apsal skt mental plk?
jlojr
 

Re: Kerjaya Jururawat Banding Guru

Postby jlojr » Fri Nov 20, 2009 12:17 am

virus wrote:SALAM KEINSAFAN UNTUK SI MEFAH...
KENA INGAT,KALAU TAKDE NURSE PESAKIT SAPE NAK JAGA?HOSPITAL PUN TAK WUJUD,BERSYUKURLAH SIKIT ADA JUGAK WARGA YG NAK BERKORBAN SEGALA TENAGA DAN MASA DEMI PESAKIT...SELAMA HAYAT HAMBA YG BERNAMA MANUSIA TAK MUNGKIN LANGSUNG TAK AKAN SAKIT...DULU PADA ZAMAN NABI PUN NURSE DAH DIWUJUDKAN CUMA BUKAN SECARA RASMI JER..KERJAYA NURSE BANYAK RISIKO SEBAB MELIBATKAN NYAWA ORG,TAPI SEBAB KEIKHLASAN DALAM HATI NURSE SANGGUP BERKORBAN.KERJAYA CIKGU PUN SAMA,SALAH DIDIKAN ANAK BANGSA JADI PEROSAK NEGARA,AKHIRAT NANTI AKN DISOAL...SEMUA KERJAYA ADA RISIKONYA,APA YG PENTING KERJASAMA(WONDERPETS)... :P

:lol:
jlojr
 

Re: Kerjaya Jururawat Banding Guru

Postby yusree » Tue Nov 24, 2009 10:48 pm

Betul la kata Si Mefah ni, perbandingan dibuat untuk menunjukkan di mana silapnya bidang kejururawatan, bukannya nak menyalahkan bidang pendidikan pulak. Kita mencari di mana salah dan silapnya, setiap penilaian di buat dengan teliti. Di mana lagi kami ingin bersuara jika bukan di sini??? Lagipun, selama ini banyak luahan telah diungkapkan, namun jalan penyelesaian tidak pernah muncul. Setiap kerja memang ada penat lelahnya, memang kalau kita bandingkan sukar untuk

mencari pemenangnya. Hanya mata kasar sahaja yang dapat melihat, dalam hal ini kita tidak boleh menyalahkan Mefah semata-mata dalam menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Bayangkan sahaja kebanyakan JURURAWAT di Malaysia ini hanya memegang taraf Diploma dan berada di gred U29, manakala guru-guru pula kebanyakan memegang taraf Ijazah Gred DG41/44. Dari sini, mungkin timbul rasa tidak puas hati apabila kerajaan gagal dalam memberikan

ganjaran yang setimpal kepada JURUWAT-JURURAWAT Malaysia. Bayangkan sahaja, JURURAWAT berhempas pulas bekerja untuk menyelamatkan dan memberi layanan terbaik buat pesakit tetapi ganjaran yang di terima tidak setimpal. Bukan hendak mengungkit ataupun tidak ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab, namun kerajaan perlulah prihatin dan sedar akan keperluan yang diperlukan oleh para JURURAWAT. Apalah salahnya memberikan peluang dan

membuka jalan yang luas untuk JURURAWAT melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan dalam masa yang sama meningkatkan lagi tahap profession kejururawatan. Berilah JURURAWAT peluang sama seperti GURU-GURU Malaysia. Apa yang diinginkan hanyalah kesamarataan dan peluang semata-mata. Jika Institusi Pendidikan Boleh, kenapa tidak bidang Kejururawatan??? Pengalaman menjadi Guru Sandaran di sekolah menengah selama

beberapa bulan banyak membantu aku dalam membuat perbandingan bagi kedua-dua profession ini. Memang benar tidak mudah untuk menjadi seorang GURU sebagai pendidik masyarakat, namun menjadi JURURAWAT juga sememangnya memerlukan pengorbanan masa yang lebih banyak dalam mempertingkatkan kesihatan dalam kalangan masyarakat. Di manakah keadilan??? Bersama-samalah kita mencari jawapannya dan berkongsi pandangan.
yusree
Junior
 
Posts: 15
Joined: Tue May 19, 2009 10:09 am

Re: Kerjaya Jururawat Banding Guru

Postby Enigma » Sun Nov 29, 2009 1:34 pm

Salam,
Saya seorang jururawat, saya berbangga dengan kerjaya saya, setelah bertahun berpenat lelah menumpah bakti kepada masyarakat sebagai jururawat, saya merasakan sampai masa untuk saya meluangkan lebih masa kepada keluarga, jadi saya menjadi pengajar jururawat. Mengajar pelajar jururawat untuk menjadi jururawat berdedikasi dan meneruskan usaha berbakti kepada masyarakat.

Saya masih mendapat 5 hari berkerja, cuti hujung minggu dan cuti semester... bagus kan! jururawat boleh menjadi guru tak ada masalah... dapat kan sahaja ijazah sarjana anda. Guru belum tentu boleh jadi jururawat, tapi semua jururawat adalah guru, kami mengajar pelajar jururawat, jururawat junior, mengajar pesakit cara menjaga kesihatan sendiri, mengajar saudaramara pesakit cara menjaga pesakit. Bagi saya kerjaya sebagai jururawat memberikan kepuasan.
Enigma
 

Re: Kerjaya Jururawat Banding Guru

Postby ZOMBI » Fri Feb 05, 2010 2:00 pm

hello..act memang dua2 kerjaya ni ade susah dan senang nye..bezanye..lambat dan cepat..serta mase utk berehat dan meluang kan masa bersama keluarga..nurse mmg xder masa langsung utk bercuti lama..kalau guru,byk cuti sekolah..walau pon ader asigment atau pun kerje2 bdak2,at least byk mase..kalau nurse,dpt cuti seminggu tu pun da bersyukur teramat sgt..da tu dlm seminggu 4 ari tido rehat pastu yg lebih baru leh kuar nk beli brg2 keperluan harian atau jln2 ngan family..cuba bayang kan..kalau ahli keluarga kita sakit?guru semesti nya byk masa dan berpeluang utk menjaga ahli keluarga mereka yg sakit di hospital..nurse?nk melawat pon payah..yela..name pon keje shift kan..bawu abis keje,waktu melawat da bis..mana ader mase nk 'merawat family'..leh 'merawat' org lain je..so cane?pastu nk apply leave utk jaga fmily kt spital?stakat 2-3 ari pon da kire byk..da la keje shift..pastu ader on-call(x semua dept. yg ader on-call)..guru ader on-call?jgn nk tipu..x der kan :lol: ..so kesimpulan nye..guru ni byk cuti b'senang berbanding nurse..cuti susah..gaji lebey kurg je..tp lau mcm sy nurse di private,mmg masyuk..time PH dpt triple..time day off lau kene keje,dpt double..so berbaloi-baloi..tp x semua hosp. private camtu :roll: ..sy bercerita semua ni b/p staff gov..tp..nk bg nasihat sikit..majoriti staff di gov sume nyer kerek2+berlagak bagus+tinggi pangkat..padahal same jer..mcm mane org lua nk pndg tnggi t'hdp kte(nurse)?byg kn,org2 tua2 pon dorg sggup nk marah2..skali pndg x ikhlas..lau org lain wat kt parents kte?kte marah x?cuba fikir..lau kte x nk org wat buruk kt family kte,kte pon patut yg sebalik nye..sy pernah lihat di spital gov. nurse2 ni bila kte b'tanye,jwb nyer b'lagak..mcm nak tak nak je..tp dorg x tau sy ni pon nurse gak..x kan tiba2 sy nk ckp..HAI,SY NURSE..gile per..sy bkn nk buka pekung di dada..sy pon nurse..tp tlg la nurse2 di gov..jaga la attitude anda..'kerana nila setitik,abis susu sebelanga..muka tu tlg la senyum ckt..jgn nk mkn gaji buta dan jgn nk bermasam muka..buat kerja lemah lembut dan beradab sikit..jgn treat pt mngikut pangkat mereka..lagi satu..nurse2 di gov...tolong la jaga personality anda..jgn terlalu selekeh..kalau ye pon penat+x cukup mase xkan nk tnjuk melalui wajah+pakaian?plz nmpak lebih bersih..kan setaun skali dpt subsidi?baju 3 psg,kasut 2 psg..xkan x ckup..kdg kasut pon da x mcm warna putih..mcm kelabu asap..lau baling lam laut pon,confirm ikan2 mati (water pollution)..pastu nk bising2 ckp gaji n waktu x m'cukupi..cuba RENUNG-RENUNG kan adakah gaji2 bulanan anda itu BERKAT??lau kite kerja dgn ikhlas dan x culculative..insyaAllah..akan di permudah kan kerja2 dan di perbanyak kan rezeki..cubalah MUHASABAH diri sebelum memalukan kaum2 NURSE yg lain.. :|
ZOMBI
 

Next

Return to Jururawat Staf

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 4 guests

cron